Sunday, 30 November 2014

TEORI LEWIN

BIODATA

Kurt lewin lahir pada 9 September 1890. Beliau dilahirkan di sebuah daerah kecil di Pursia. Merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Ayah  beliau  seorang  pekebun  dan  memiliki  sebuah  stor  yang  besar. Namun begitu, pada tahun 1905, Kurt dan keluarga berpindah ke Berlin.

Seterusnya, Kurt Lewin  ini  mendapatkan  pendidikan  di  Universiti  Freiburg  dalam  bidang  perubatan. Selepas itu, berpindah ke Universiti Munich dalam bidang biologi. Pada tahun 1914, Lerwin mendapat gelaran doktor. Sewaktu  perang  dunia  pertama beliau  terlibat  dengan  ketenteraan, setelah  perang  tamat, dia pulang semula  ke  Universiti  Berlin  untuk  menamatkan  PhD  beliau  bersama  Carl Stumpf (1848-1936).

Lewin pada asalnya terlibat dengan sekolah psikologi tingkah laku sebelum menukar arah dalam bidang penyelidikan dan menjalankan kerja sebagai ahli psikologi di sekolah Gestalt. Seterusnya, Lewin berhijrah ke Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1933 dan menjadi warganegara pada tahun 1940. Sebelum itu, beliau telah menghabiskan masa selama enam bulan sebagai profesor pelawat di Stanford pada tahun 1930.

Pada tahun 1947, Makmal Latihan Kebangsaan tertubuh, di Bethel, Maine. Carl Rogers percaya bahawa latihan sensitiviti "mungkin ciptaan sosial yang paling penting abad ini.".Berikutan Perang Dunia II Lewin terlibat dalam pemulihan psikologi bekas penghuni berpindah orang kem dengan Dr. Jacob Halus di Sekolah Perubatan Harvard. Apabila Eric Trist dan ATM Wilson menulis kepada Lewin mencadangkan jurnal dengan kerjasama Institut Tavistock mereka yang baru ditubuhkan dan kumpulannya di MIT, Lewin bersetuju. The Tavistock jurnal, Perhubungan Manusia, ditubuhkan dengan dua kertas kerja awal oleh Lewin bertajuk "Sempadan dalam Kumpulan Dinamik". Lewin diajar untuk satu masa di Universiti Duke.

Kurt  Lewin  mati  pada  tahun  1947  di Newtonville, Massachusetts Isterinya  pula  mati pada tahun  1987.


TEORI

Lewin memperkenalkan satu teori, iaitu teori medan. Teori medan ini melibatkan psikologi. Tingkah laku  merupakan  satu  fungsi  yang  berlaku  apabila  berlaku  suatu  tindak  balas  pada  diri.

Di dalam  struktur  keperibadian  ini  melihat  bahawa  tingkah laku  ini  memainkan  peranan  dalam  membentuk  sikap  inidividu  tersebut. Sebagai  contoh, pada  peringkat  kanak-kanak, untuk  melihat  minat  membaca  itu  menular  dalam  diri  mereka  adalah  bermula  daripada  tingkah  laku  orang  yang  dekat  dengan mereka  seperti  ibu  bapa, abang, kakak  dan  lain lagi.

Di samping  itu, dengan  keperibadian  yang  ada, teori  lewin  ini  dapat  membantu  seseorang  membentuk  keperibadian  yang  unggul. Contohnya, di dalam  teori  keperibadian  ini, terdapat  dinamika  yang  boleh di lihat  dalam  membentuk  individu  tersebut. 

Tenaga
Pada pandangan Lewin, manusia ini merupakan satu sistem yang kompleks. Tenaga akan muncul dalam bentuk yang berbeza. Hal ini, tenaga ini mempengaruhi daripada persekitaran.       

Tekanan
Tekanan ini mempunyai iaitu, seimbang atau memberi penekanan terhadap wahadinya.  

Keperluan
Keperluan ini melibatkan pelbagai aspek. Hal  ini  demikian  kerana, dalam  keperluan  seseorang  ini  memerlukan  keupayaan  yang   tinggi  dalam  mencapai  keperluan  tersebut. Contohnya, tindakan, keseimbangan, jarak dan sebagainya.

Daya penggerak
Memudahkan perubahan dengan mengaruh tingkah laku pekerja ke arah yang dikehendaki

Daya kekangan (penahan)
Menyekat perubahan dengan mengaruh tingkah laku pekerja ke arah berlawanan
Model ini boleh menganjak keseimbangan dalam arah perubahan yang dirancang

LANGKAH-LANGKAH DALAM  TEORI  PERUBAHAN  ORGANISASI.

1.      Langkah Pertama
Langkah pertama dalam proses tingkah laku berubah adalah untuk menyahbeku keadaan sedia ada (status quo).‘Status quo’ merupakan keadaan keseimbangan. Keadaan  keseimbangan  ini  menampakkan  apabila  seseorang  individu  ini  memerlukan  satu  perhatian  dalam  membentuk  daya  diri  tersebut.
Di samping itu, menyahbeku adalah perlu bagi mengatasi kekangan terhadap halangan individu dan keakuran (penyesuaian) kumpulan. Menyahbeku boleh dicapai melalui tiga kaedah

- Pertama: Meningkatkan daya penggerak yang mengarahkan tingkah laku jauh daripada keadaan sedia ada atau status quo
- Kedua: Mengurangkan daya kekangan yang menghalang pergerakan daripada keadaan keseimbangan sedia ada
-  Ketiga: Mencari gabungan dua kaedah di atas

Antara aktiviti yang membantu langkah menyahbeku:
- Memotivasikan individu dengan menyediakan mereka untuk perubahan. Hal  ini  bertujuan  untuk  memberi  perhatian  supaya, individu  dapat  dikawal  dari  segi  emosi, supaya  dalam  keadaan  seimbang. Contohnya, dalam  proses  membaca, bimbingan  itu  perlu, supaya  pembaca  tidak  mengalami  tekanan  dalam  mencari  maklumat  atau  data  dalam  pembacaan.
- Membina kepercayaan dan penghargaan untuk keperluan kepada perubahan. Seterusnya, ia  menerangkan  bahawa, di dalam  menjalani  proses  membaca, pemerhatian  yang  baik  amat  digalakkan. Hal  ini  bertujuan untuk  mengelak  daripada  berlaku  sebarang  tekanan atau  gangguan  emosi  ketika  membaca  atau  menganalisis  maklumat. Hal ini dapat menarik minat  orang untuk  membaca.

- Menyertai dengan aktif dalam mengenal pasti masalah dan sumbang saran penyelesaian dalam sesuatu kumpulan. Seterusnya, apabila kita dapat membimbing dengan baik. Kita  juga  perlu  melibatkan  diri  supaya, pembaca  dapat  juga  berkongsi  maklumat  dan  bahan  bacaan  yang  dibaca. Di samping itu, kita juga dapat berkongsi maklumat yang tersedia ada.

2.      Langkah kedua
- Langkah pergerakan perlu menggerakkan sistem sasaran kepada keseimbangan baru
- Memujuk individu/pekerja untuk bersetuju dengan status quo itu adalah tidak menguntungkan mereka
- Menggalakkan mereka untuk melihat masalah dari perspektif baharu, sama-sama bekerja untuk menghasilkan maklumat baru dan relevan,
- Menjalinkan pandangan kumpulan kepada pemimpin yang dihormati & berkuasa yang menyokong perubahan

3.      Langkah Ketiga:
- Satu tindakan yang boleh diambil dalam langkah ini adalah menguatkuasakan pola baru dan menginstitusikan (membudayakan) ia melalui mekanisma formal dan tidak formal termasuk melalui prosedur dan dasar
- Oleh itu teori Kurt Lewin menggambarkan kesan daya-daya (daya penggerak) yang mengaruh atau menghalang perubahan (daya kekangan)
- Perubahan berlaku apabila kekuatan gabungan suatu daya melebihi dari kekuatan gabungan daya bertentangan 



Kesimpulan



Membaca merupakan suatu aktiviti yang sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu dengan mengamalkan amalan membaca. Terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menarik minat pelajar untuk membaca antaranya hari membaca. Pada hari membaca tersebut pelajar akan dibekalkan buku-buku dan menyuruh pelajar membaca buku tersebut. Anugerah untuk pembaca yang banyak turut diberikan oleh pihak sekolah untuk menghargai pelajar dan menggalakan pelajar lain untuk membaca.


Perancangan Penggunaan Teknik Membaca Serentak & Ulangan (Drama)

Sebelum
-Guru memilih beberapa pelajar untuk  melakonkan beberapa watak dan memberika  skrip untuk pelajar.
-Pelajar akan membaca skrip itu secara  berulang-ulang untuk mengingati skrip yang  guru berikan itu.
Semasa
-Pelajar akan melakonkan berdasarkan watak-  watak yang guru berikan dan dinilai oleh guru.
-Dalam drama tersebut guru menyelitkan  adengan watak-watak untuk berdialog secara    serentak.
Selepas
-Guru menilai watak-watak yang dilakonkan  oleh pelajar tersebut dan menyatakan kelebihan  dan kelemahan yang terdapat dalam drama  tersebut.
Kelebihan Dan Kekurangan Ulang & Membaca Serentak

Kelebihan
1. Meningkatkan kefasihan, kefahaman  serta kelancaran pembacaan individu tersebut.
2. Menarik minat pelajar untuk membaca teks atau petikan beberapa kali dan dipantau oleh guru. 
3. Membantu meningkatkan tahap keyakinan pembaca yang kurang lancar.
4. Membantu pelajar mengenal perkataan dan dapat mentafsir perkataan bercetak dan dapat mengelak     pelajar membaca terhenti ketika membaca kerana sudah berulang kali membaca.

Kelemahan
1. Pembacaan yang berulang kali dan sudah difahami akan melambatkan masa pengajaran dan                 pembelajaran.
2. Pelajar hanya mahir dan cekap dengan bahan bacaan yang dibaca sahaja.
3. Pelajar akan cepat berasa bosan kerana berulang kali mebaca teks yang sama.
4. Pelajar terpaksa menunggu giliran untuk membaca berulang.
Pengenalan Ulang & Membaca Serentak

Ulang dan membaca serentak merupakan satu teknik yang menggalakkan pelajar-pelajar membaca perkataan atau ayat-ayat yang mudah sahaja selepas itu dilakukan secara berulang-ulang sehingga pelajar itu mahir dengan bahan bacaan tersebut . Setelah itu bahan bacaan tersebut akan dibaca secara serentak dan bersama-sama.

Di samping itu, penggunaan bacaan berulang sering diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.Teknik dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan kelancaran sebutan dan kefahaman mengenai bacaan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana kebanyakan pelajar di peringkat sekolah rendah dianggap telah menguasai kemahiran membaca apabila mereka boleh membunyikan suku kata, membaca ayat dan petikan.

Menurut Musti-Roa Hawkins & Barkley (2009), bacaan berulang memerlukan setiap pelajar membaca berulangkali petikan atau teks dalam jangka masa tertentu atau sehingga pelajar itu lancar membaca. Bacaan berulang merupakan pendekatan yang dikenalpasti untuk meningkatkan kelancaran kerana teknik ini memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih membaca teks secara berulang-ulang sehingga mencapai kelancaran.

Teknik ulang dan membaca serentak wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan kerana dapat membantu pelajar mengecam perkataan di samping mentaksirkan perkataan bercetak. Kelancaran merupakan tindak balas yang diperolehi kesan daripada latihan yang berulang-ulang membaca perkataan atau teks. Sekiranya guru memberi pengukuhan yang positif, pelajar akan terus membaca secara berulang-ulang kerana mereka tahu kesan daripada bacaan berulang-ulang akan menyebabkan mereka dapat mengecam perkataan serta mengingati perkataan tersebut.

Saturday, 29 November 2014

Definisi Membaca

Membaca merupakan satu proses membentuk dan memberi makna melalui komunikasi antara pembaca dengan maklumat yang diterima. Membaca merupakan proses penambahan ilmu oleh pembaca dan maklumat yang di baca. Jika pembaca banyak membaca buku-buku maka ilmu dan maklumat yang diterima banyak diperolehi.


Jenis Bacaan

1. Bacaan Mekanis
-Bacaan yang kuat, mementingkan sebutan huruf dan bunyi yang betul serta jelas.

2. Bacaan Metalis
-Bacaan secara senyap dan aspek kefahaman ditekankan dalam bacaan ini berbanding aspek sebutan atau nada.

3. Bacaan Intensif
-Bacaan yang bertujuan mengembangkan kebolehan memahami dan mentafsir apa yang di baca.

4. Bacaan Ekstensif
-Bacaan ini bertujuan untuk mengukuhkan asas bacaan, menambah kemahiran dan menarik minat untuk membaca.