BIODATA
Kurt
lewin lahir pada 9 September 1890. Beliau dilahirkan di sebuah daerah kecil di
Pursia. Merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Ayah beliau
seorang pekebun dan memiliki sebuah
stor yang besar. Namun begitu, pada tahun 1905, Kurt dan
keluarga berpindah ke Berlin.
Seterusnya, Kurt Lewin ini mendapatkan pendidikan di Universiti Freiburg dalam bidang perubatan. Selepas itu, berpindah ke Universiti Munich dalam bidang biologi. Pada tahun 1914, Lerwin mendapat gelaran doktor. Sewaktu perang dunia pertama beliau terlibat dengan ketenteraan, setelah perang tamat, dia pulang semula ke Universiti Berlin untuk menamatkan PhD beliau bersama Carl Stumpf (1848-1936).
Lewin pada asalnya terlibat dengan sekolah psikologi tingkah laku sebelum menukar arah dalam bidang penyelidikan dan menjalankan kerja sebagai ahli psikologi di sekolah Gestalt. Seterusnya, Lewin berhijrah ke Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1933 dan menjadi warganegara pada tahun 1940. Sebelum itu, beliau telah menghabiskan masa selama enam bulan sebagai profesor pelawat di Stanford pada tahun 1930.
Pada tahun 1947, Makmal Latihan Kebangsaan tertubuh, di Bethel, Maine. Carl Rogers percaya bahawa latihan sensitiviti "mungkin ciptaan sosial yang paling penting abad ini.".Berikutan Perang Dunia II Lewin terlibat dalam pemulihan psikologi bekas penghuni berpindah orang kem dengan Dr. Jacob Halus di Sekolah Perubatan Harvard. Apabila Eric Trist dan ATM Wilson menulis kepada Lewin mencadangkan jurnal dengan kerjasama Institut Tavistock mereka yang baru ditubuhkan dan kumpulannya di MIT, Lewin bersetuju. The Tavistock jurnal, Perhubungan Manusia, ditubuhkan dengan dua kertas kerja awal oleh Lewin bertajuk "Sempadan dalam Kumpulan Dinamik". Lewin diajar untuk satu masa di Universiti Duke.
Kurt Lewin mati pada tahun 1947 di Newtonville, Massachusetts Isterinya pula mati pada tahun 1987.
TEORI
Lewin memperkenalkan satu teori, iaitu teori medan. Teori medan ini melibatkan psikologi. Tingkah laku merupakan satu fungsi yang berlaku apabila berlaku suatu tindak balas pada diri.
Di dalam struktur keperibadian ini melihat bahawa tingkah laku ini memainkan peranan dalam membentuk sikap inidividu tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat kanak-kanak, untuk melihat minat membaca itu menular dalam diri mereka adalah bermula daripada tingkah laku orang yang dekat dengan mereka seperti ibu bapa, abang, kakak dan lain lagi.
Di samping itu, dengan keperibadian yang ada, teori lewin ini dapat membantu seseorang membentuk keperibadian yang unggul. Contohnya, di dalam teori keperibadian ini, terdapat dinamika yang boleh di lihat dalam membentuk individu tersebut.
Tenaga
Pada
pandangan Lewin, manusia ini merupakan satu sistem yang kompleks. Tenaga akan
muncul dalam bentuk yang berbeza. Hal ini, tenaga ini mempengaruhi daripada persekitaran.
Tekanan
Tekanan
ini mempunyai iaitu, seimbang atau memberi penekanan terhadap wahadinya.
Keperluan
Keperluan
ini melibatkan pelbagai aspek. Hal
ini demikian kerana, dalam
keperluan seseorang ini
memerlukan keupayaan yang
tinggi dalam mencapai
keperluan tersebut. Contohnya, tindakan,
keseimbangan, jarak dan sebagainya.
Daya penggerak
Memudahkan
perubahan dengan mengaruh tingkah laku pekerja ke arah yang dikehendaki
Daya kekangan (penahan)
Menyekat
perubahan dengan mengaruh tingkah laku pekerja ke arah berlawanan
Model
ini boleh menganjak keseimbangan dalam arah perubahan yang dirancang
LANGKAH-LANGKAH DALAM TEORI PERUBAHAN ORGANISASI.
1. Langkah Pertama
Langkah
pertama dalam proses tingkah laku berubah adalah untuk menyahbeku keadaan sedia
ada (status quo).‘Status quo’ merupakan keadaan keseimbangan. Keadaan keseimbangan
ini menampakkan apabila
seseorang individu ini
memerlukan satu perhatian
dalam membentuk daya
diri tersebut.
Di
samping itu, menyahbeku adalah perlu bagi mengatasi kekangan terhadap halangan
individu dan keakuran (penyesuaian) kumpulan. Menyahbeku boleh dicapai melalui
tiga kaedah
-
Pertama: Meningkatkan daya penggerak yang mengarahkan tingkah laku jauh
daripada keadaan sedia ada atau status quo
-
Kedua: Mengurangkan daya kekangan yang menghalang pergerakan daripada keadaan
keseimbangan sedia ada
- Ketiga: Mencari gabungan dua kaedah di atas
Antara
aktiviti yang membantu langkah menyahbeku:
-
Memotivasikan individu dengan menyediakan mereka untuk perubahan. Hal ini
bertujuan untuk memberi
perhatian supaya, individu dapat
dikawal dari segi
emosi, supaya dalam keadaan
seimbang. Contohnya, dalam
proses membaca, bimbingan itu
perlu, supaya pembaca tidak
mengalami tekanan dalam
mencari maklumat atau
data dalam pembacaan.
-
Membina kepercayaan dan penghargaan untuk keperluan kepada perubahan.
Seterusnya, ia menerangkan bahawa, di dalam menjalani
proses membaca, pemerhatian yang
baik amat digalakkan. Hal ini
bertujuan untuk mengelak daripada
berlaku sebarang tekanan atau
gangguan emosi ketika
membaca atau menganalisis
maklumat. Hal ini dapat menarik minat
orang untuk membaca.
-
Menyertai dengan aktif dalam mengenal pasti masalah dan sumbang saran
penyelesaian dalam sesuatu kumpulan. Seterusnya, apabila kita dapat membimbing
dengan baik. Kita juga perlu
melibatkan diri supaya, pembaca dapat
juga berkongsi maklumat
dan bahan bacaan
yang dibaca. Di samping itu, kita
juga dapat berkongsi maklumat yang tersedia ada.
2. Langkah kedua
-
Langkah pergerakan perlu menggerakkan sistem sasaran kepada keseimbangan baru
-
Memujuk individu/pekerja untuk bersetuju dengan status quo itu adalah tidak
menguntungkan mereka
-
Menggalakkan mereka untuk melihat masalah dari perspektif baharu, sama-sama
bekerja untuk menghasilkan maklumat baru dan relevan,
-
Menjalinkan pandangan kumpulan kepada pemimpin yang dihormati & berkuasa
yang menyokong perubahan
3. Langkah Ketiga:
-
Satu tindakan yang boleh diambil dalam langkah ini adalah menguatkuasakan pola
baru dan menginstitusikan (membudayakan) ia melalui mekanisma formal dan tidak
formal termasuk melalui prosedur dan dasar
-
Oleh itu teori Kurt Lewin menggambarkan kesan daya-daya (daya penggerak) yang
mengaruh atau menghalang perubahan (daya kekangan)
-
Perubahan berlaku apabila kekuatan gabungan suatu daya melebihi dari kekuatan
gabungan daya bertentangan